Mudana Satay telah memulakan perniagaan satay sejak tahun 1991 lagi. Mula bertapak di Sabah dan beberapa tahun kemudian memulakan perniagaan di sekitar Kuala Lumpur. Kesinambungan resepi keluarga Encik Muhammad dan Puan Rohana yang berasal dari Kajang, Selangor ini di teruskan oleh anak sulong dan menantunya Puan Zura dan Encik Azraie. Mudana Satay juga berpengalaman serta menerima tempahan untuk majlis-majlis keraian seperti majlis harijadi, kenduri, rumah terbuka, dan pelbagai majlis lagi. Antara majlis yang pernah di jayakan ialah rumah terbuka MPK, Bernama, VIP, VVIP, BESRAYA, RHB bank, hari keluarga PEKIDA Malaysia dan syarikat-syarikat swasta sekitar Kuala Lumpur.